Chef Wan Recipes (In Malay)

KEK KEJU MINI KOPI & MENTEGA KACANG

Bahan untuk asas kek:

2 paket biskut Graham (dikisar sehingga saiznya sebesar remah roti)
1 cawan kacang walnat dicencang halus
150 gram mentega cair

Bahan untuk inti kek keju:
340 gram (3 ½ kotak) keju krim Kiri
1 cawan gula kastor
1 cawan Frezfruta Peanut Butter
5 biji telur
½ cawan yogurt
1 cawan coklat cip
2 sudu teh jus lemon
3 packet kopi putih Gold Kili Double Shot
24 mangkuk kertas mufin (saiz besar)
2 dulang pembakar mufin (saiz besar)

Cara:
1.            Satukan biskut Graham, kacang walnat dan mentega cair dalam mangkuk besar. Gaul hingga sebati kemudian masukkan dalam 24 mangkuk kertas mufin. Bahagi dengan rata.
2.            Pukul keju krim sesama gula dalam mangkuk pengadun sehingganya ringan dan licin.
3.            Masukkan yogurt. Pukul sebentar sebelum memasukkan telur satu persatu dan pukul sehingga adunan rata.


4.            Masukkan jus lemon, Frezfruta Peanut Butter dan Gold Kili Double Shot White Coffee. Kacau hingga sebati.
5.            Tuangkan adunan ke dalam mangkuk kertas mufin yang mengandungi biskut sehingga ¾ penuh. Tabur dengan coklat cip.
6.            Bakar mufin selama 30 minit dengan suhu 180 darjah Celsius. Hidangkan apabila sejuk.  

LAKSA SIAM

Bahan:
2 biji bawang besar (kulit kuning), dicencang
6 biji bawang putih dikisar
3 sentimeter halia dikisar
3 paket Dancing Chef Thai Red Curry Sauce
12 cawan santan
2 cawan krim santan/santan pekat
1 cawan udang kering direndam dalam air panas kemudian toskan dan tumbuk atau kisar halus
3 kilogram ikan kembung dikukus kemudian asingkan isi daripada tulangnya. Tumbuk atau kisar isi ikan sehingga halus
1 kilogram udang saiz sederhana besar, buang kulit dan tumbuk halus
1 cawan kerisik
30 biji bebola ikan
4 cawan daun kesum
Segenggam daun selasih Thai
Garam, serbuk lada putih, gula dan sos ikan secukupnya
Minyak sayuran secukupnya

Bahan Sampingan:
1 paket bihun dicelur dengan air panas kemudian toskan
2 batang timun dihiris dan potong tipis memanjang
500 gram taugeh dibuang buntut
30 biji telur puyuh direbus dan buang kulit
6 cawan daun pudina
1 cawan sambal belacan
½ biji kobis dihiris halus
20 batang kacang panjang dihiris halus

Cara:


1.            Panaskan minyak sayuran dalam periuk kemudian goreng bawang, bawang putih dan halia sehingga kekuningan. Masukkan sos Dancing Chef, udang segar dan udang kering. Goreng dengan api perlahan selama 10 minit sehingga naik aromanya.
2.            Masukkan santan, kerisik, ikan kembung dan daun kesum. Rendidihkan selama lima minit.

3.            Masukkan bebola ikan dan santan pekat. Perasakan dengan garam, serbuk lada putih, gula dan sos ikan. Masak selama lima minit lagi. Akhir sekali masukkan ¼ bahagian daun selasih Thai.
4.            Untuk menghidangkan, bubuh bihun, taugeh, kacang panjang dan kobis dalam mangkuk kemudian tuangkan kuah laksa. Bubuh beberapa biji telur puyuh, timun hiris, daun pudina dan sambal belacan.

MUFIN EPAL BLUEBERI FREZFRUTA

Bahan:
2 cawan tepung serbaguna
1 sudu besar serbuk penaik
½ sudu teh garam
6 sudu besar mentega
¼ cawan gula perang
2 biji telur saiz besar
1 cawan blueberi dalam tin jenama S&W (toskan)
½ cawan susu segar
½ cawan krim
5 sudu besar kepingan badam
½ botol jem Frezfruta Apple Blueberry
12 mangkuk kertas mufin (saiz besar)
1 dulang pembakar mufin (saiz besar)

Cara:
1.            Satukan tepung, serbuk penaik dan garam dalam mangkuk pengadun.
2.            Dalam mangkuk lain, pukul mentega dengan gula perang. Kemudian masukkan telur satu persatu dengan dipukul setiap kali dimasukkan telur.
3.            Masukkan campuran tepung, blueberi, susu dan krim. Kacau hingga sebati.


4.            Letakkan mangkuk kertas atas dulang pembakar mufin. Tuangkan sesudu adunan mufin kemudian bubuh sedikit jem Frezfruta Apple Blueberry dan penuhkan dengan adunan mufin.
5.            Atas adunan mufin itu, taburkan kepingan badam dan bakarkannya dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah Celsius selama 25 minit.


UDANG HARIMAU GORENG DALAM KARI HIJAU & TELUR ASIN


Bahan:
12 ekor udang harimau dibuang kulit dan urat di bahagian tengah
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh sos soya
1 biji kuning telur dipukul dengan garpu
4 sudu besar tepung jagung
Minyak untuk menggoreng secukupnya
3 biji bawang putih dikisar
2 paket Dancing Chef Thai Green Curry Sauce
1 cawan santan
4 helai daun limau purut
½ biji lada benggala hijau dan merah dipotong dadu
Segenggam daun selasih Thai
4 biji telur asin diambil kuning sahaja dan dicencang kasar-kasar
Gula dan sos ikan secukupnya

Cara:

1.            Satukan sos tiram, sos soya, kuning telur dan tepung jagung. Kacau sehingga sebati. Celupkan udang ke dalam bater.
2.            Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian gorengkan udang sehingga kekuningan. Keluarkannya dengan segera.

3.            Keluarkan lebihan minyak dari kuali dengan meninggalkan hanya satu sudu besar. Kemudian goreng bawang putih bersama sos Dancing Chef sehingga berbau wangi.
4.            Masukkan santan, daun limau purut dan lada benggala. Masak sehingga santan susut sebanyak 70 peratus. Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng, kuning telur asin dan daun selasih Thai. Perasakan dengan gula dan sos ikan secukupnya. Hidangkan hangat.



CHUTNEY NANAS & KIWI STAIL CEF WAN

Bahan:
1 biji nanas ranum, buang kulit dan potong kasar-kasar (Pentingnya nanas yang digunakan itu cukup ranum untuk mendapatkan rasa manis yang sesuai dan kurang asid)
6 biji buah kiwi New Zealand dipotong baji tiap satu
1 sudu besar kunyit serbuk
5 sudu besar minyak sapi Ghee atau mentega jelas
2 batang (10 sentimeter tiap satu) kayu manis
5 biji buah pelaga
6 biji bunga cengkih
2 keping bunga lawang
3 sentimeter halia dicencang halus
1 biji bawang besar (kulit kuning) dicencang halus
3 biji bawang putih dikisar
4 batang cili merah ditumbuk halus
½ cawan udang kering direndam dalam air panas selama 15 minit, kemudian tos dan     tumbuk halus
2 sudu teh biji sawi
1 cawan air
6 sudu besar gula kastor
2 sudu besar cuka biasa atau cuka epal
3 sudu besar perahan (pekat) asam
2 paket Dancing Chef Sweet & Sour Sauce
Garam secukupnya

Cara:
  1. Satukan nanas dan buah kiwi dengan kunyit serbuk. Gaul sehingga rata dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak sapi dalam kuali. Gorengkan bawang, bawang putih, halia dan semua rempah dengan api perlahan sehingga kekuningan

  1. Masukkan cili merah, udang kering dan biji sawi. Goreng sehingga rempah berbau wangi. Jika perlu, tambahkan minyak sapi atau minyak sayuran supaya rempah boleh digoreng dengan sempurna.
  2. Masukkan nanas dan buah kiwi, sos Dancing Chef, air dan garam. Rendidihkan selama 20 minit atau lebih sehingga sos menjadi pekat. Tambahkan secukupnya cuka dan gula sehingga mendapatkan rasa yang seimbang.